Monday 21 November 2011

Diet ~ Salah Tanggapan yang Berbahaya

Apabila disebut Diet, kebanyakan orang akan membayangkan kelaparan, tidak boleh makan makanan kegemaran mereka, skipping meal, tak boleh makan nasi, tak boleh makan malam-malam... Adakah ini benar?

Terlalu banyak mitos tersebar akibat penyampaian maklumat yang tidak tepat. contohnya seperti beberapa kaedah diet yang disarankan seperti High Protein Diet [diet berprotein tinggi], Low Carb Diet [diet berkarbohidrat rendah] dan ada juga yang bertanggapaan berlapar adalah berdiet.

Ramai yang tidak tahu, berdiet dengan cara yang salah [berlapar semata-mata] akan memudahkan lagi kenaikan berat badan. Terkejut? Apabila anda berlapar, kadar BMR anda akan menurun dengan cepat akibat pengurangan penghasilan hormon Tiroksin oleh Kelenjar Tiroid. Jika anda berlapar semata-mata dan tidak bersenam, kadar BMR tidak mungkin dapat dinaikkan, jadi apabila tiba waktunya anda makan setelah tempoh berlapar yang lama, anda akan mengambil kalori yang sangat berlebihan walaupun jumlah makanan itu hanya sedikit. Fenomena ini dipanggil rebound ataupun kenaikan semula berat secara mendadak selepas crash dieting.

Amalan menambah atau mengurangkan nutrisi tertentu seperti Protein dan Karbohidrat memerlukan nasihat, pemantauan dan bantuan daripada pakar nutrisi. Tidak semua inidividu sesuai mengamalkan kaedah diet seperti ini dan ia boleh mendatangkan mudarat jika tidak dilakukan dengan betul. Antaranya, individu yang mengambil protein pada kadar yang terlalu tinggi terdedah kepada risiko penyakit Kwashiokor, tekanan darah tinggi, masalah kekurangan kalsium dan juga kerosakan buah pinggang. Manakala individu yang mengambil Karbohidrat pada kadar yang terlalu rendah pula akan menyebabkan badan tidak mempunyai tenaga untuk meneruskan kehidupan seharian. Lemak pula ada juga yang diperlukan oleh badan; tidak semua lemak harus dielakkan. Omega-3 dan Omega-6 adalah contoh lemak-lemak yang diperlukan oleh badan.

Mengambil Gizi Seimbang mengikut Piramid Makanan adalah sangat digalakkan ketika mengamalkan Litchin. Inilah yang dimaksudkan dengan ‘Boleh Makan Seperti Biasa'

No comments:

Post a Comment